Berang kerana anak tiri enggan makan, lelaki membuat ugut bunuh

Kelihatan suspek ditahan pihak polis.
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 28 April: Gara-gara kerana anak tirinya enggan makan bersama, seorang lelaki ‘naik minyak” lalu bertindak membuat ugutan bunuh terhadap anaknya itu.

Dalam kejadian yang berlaku pada malam Selasa (27 April) di sebuah rumah di Lambir, suspek berusia 60 tahun tiba-tiba melontar barang milik mangsa dan mengugut bunuhnya hanya kerana mangsa belum hendak makan ketika diajak.

Advertisement

Ketakutan dengan ugutan ayah tirinya itu, mangsa yang berusia 21 tahun yang juga ibu tunggal telah membuat satu laporan polis.

Susulan laporan tersebut, anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Miri (JSJ) IPD Miri menahan suspek di rumah di Lambir, sekitar jam 12.10 pagi Rabi (28 April).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari ketika dihubungi mengesahkan tangkapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. ā€” DayakDaily

Advertisement