Berang dengan bunyi pintu, abang pula nak dibantai

Kelihatan suspek (dua dari kiri) yang ditahan untuk tindakan lanjut.
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 9 Ogos: Hanya kerana berang mendengar pintu yang ditutup menghasilkan bunyi yang kuat, seorang pemuda bertindak cuba mencederakan abang kandungnya sendiri pada petang Sabtu (7 Ogos).

Perbuatan suspek berusia 22 tahun itu telah menyebabkan dia ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Advertisement

Tangkapan dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri pada tengahari semalam di sebuah kediaman pekerja ladang di Batu 8 Jalan Miri-Bintulu sekitar jam 12.

Difahamkan, suspek turut merosakan enam buah pasu bunga di halaman kediaman pekerja terbabit yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM150.

Ketua Polis Daerah ACP Hakemal Hawari mengesahkan tangkapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. — DayakDaily

Advertisement