Bengkel musnah, 6 motosikal turut terbakar di Serian

Anggota Bomba sedang memadam kebakaran.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


SERIAN, 22 Dis: Sebuah bengkel motosikal di Kampung Muara Ahi di Jalan Tebakang-Serian dilaporkan musnah dalam kebakaran hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata turut musnah dalam kebakaran tersebut adalah enam buah motosikal.

Katanya, kebakaran dilaporkan berlaku pada jam 3.24 pagi dan anggota dari Balai Bomba Serian terus ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.


“Kebakaran melibatkan sebuah bengkel motosikal berstruktur tidak kekal dan telah musnah 100 peratus.

“Pasukan Bomba menggunakan dua aliran salur bantu mula untuk memadam kebakaran dan api dapat dikawal pada jam 4.20 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kebakaran tersebut berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 5.32 pagi dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. — DayakDaily