Belanjawan Negeri 2025: RM30.7 juta untuk bina dan naik taraf fasiliti sukan di Sarawak

Abang Johari membentang Belanjawan Negeri 2025. Foto: Jabatan Penerangan
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 11 Nov: Sejumlah RM30.7 juta diperuntukkan bagi pembinaan dan kerja naik taraf fasiliti sukan di seluruh Sarawak bagi tahun 2025.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam pembentangan Cadangan Bajet Negeri 2025 berkata, ia bagi memastikan setiap fasiliti memenuhi taraf antarabangsa.

Advertisement

“Pada tahun ini kerajaan Sarawak telah meluluskan RM76.4 juta bagi membina dan menaik taraf fasiliti sukan di seluruh Negeri.

“Manakala RM250 juta pula diperuntukkan melalui Projek Rakyat untuk membangunkan kompleks sukan baharu dan menaik taraf dewan suarah sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada hari pertama Persidangan Dewan Undangan Sarawak (DUS) di sini hari ini.

Tambah Abang Johari, geran peruntukan berjumlah RM6.1 juta disediakan bagi penganjuran pelbagai acara sukan.

Katanya, geran tersebut juga melibatkan bantuan kepada para atlit dan kelab-kelab sukan.

“Manakala sejumlah RM9 juta diperuntukkan kepada dana industri kreatif belia Sarawak.

“Sejumlah RM2 juta pula diperuntukkan bagi tujuan penganjuran pelbagai program dan aktiviti berkaitan keusahawanan di kalangan belia Sarawak,” kata Abang Johari. — DayakDaily

Advertisement