Belanjawan 2021 dilulus tanpa lalui undi belah bahagi

Parliament of Malaysia crest. - file pic

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021.

RUU tersebut diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang tanpa perlu melalui proses undi belah bahagi.

Pengumuman keputusan tersebut dilakukan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun kira-kira jam 3.30 petang selepas sesi penggulungan perbahasan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.


Terdahulu Tengku Zafrul, menggulung perbahasan terbabit bagi Kementerian Kewangan selama kira-kira sejam.

Kelulusan RUU tersebut akan membolehkan kerajaan menggunakan dana di bawah Kumpulan Wang Disatukan bagi tujuan perbelanjaan pembangunan dan pengurusanĀ  negara untuk tahun depan.

Kelulusan itu juga membolehkan kerajaan melaksanakan segala inisiatif dan program peduli rakyat pada tahun hadapan dapat dilakukan sekali gus membantu dalam memperkasakan kelansungan ekonomi negara serta kehidupan rakyat.

Sokongan terhadap RUU terbabit juga mencipta sejarah baharu apabila kedua belah pihak sama ada kerajaan atau pembangkang mencapai kata sepakat dalam memberikan kelulusan terhadap suatu RUU Perbekalan yang di bentangkan di Dewan Rakyat. ā€” DayakDaily