Bela nasib rakyat terpinggir matlamat Wanita PKR

Agnes Padan

KUCHING, 26 Ogos: Ketua Wanita PKR Sarawak Agnes Padan mengajak semua wanita Keadilan mengeratkan perpaduan dan memperjuangkan matlamat membela nasib rakyat yang terpinggir.

Katanya, hak dan suara wanita mesti diangkat dari peringkat akar umbi dan di bawa ke perhatian kerajaan dan pihak pentabdir.

“Hanya dengan ini kita dapat mengubah polisi yang tidak adil dan merombak sistem yang korup dan tidak memihak rakyat.


“Saya juga ingin memberi galakkan dan dorongan kepada semua wanita supaya tidak takut untuk menyumbang kepada pergerakan politik dan sosial negara kita,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Agnes turut memaklumkan akan berkerja keras bersama wanita seperjuangan dalam kesemua 31 cabang Keadilan Wanita di Sarawak.

Menurut beliau, ia untuk memperkukuhkan dan memberi sokongan penuh untuk menjayakan matlamat Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu ‘Keadilan Untuk Sarawak, Keadilan Untuk Semua’. — DayakDaily