Bazar Ramadan di Satok, Semarak dan Sukma tidak diteruskan

DBKU logo

KUCHING, 7 April: DBKU telah memutuskan untuk tidak meneruskan penganjuran Bazar Ramadan di kawasan Satok, Semarak dan Sukma pada tahun ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berkata keputusan dibuat setelah mengambil kira keadaan semasa pandemik Covid-19 di Sarawak.

“Hal ini disebabkan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar dan akan memberi kesan kepada kebarangkalian untuk berlaku penularan semula Covid-19.


“Ini sekaligus merencatkan usaha kerajaan untuk membasmi wabak ini sepenuhnya,’kata DBKU.

Tambah DBKU, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk membantu kerajaan mengekang penularan wabak Covid-19 dengan mematuhi prosedur operasi ‘standard’ (SOP) dan arahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dikuatkuasakan. — DayakDaily