Bayi, warga emas antara yang dipindahkan akibat banjir di Lawas

Kelihatan beberapa mangsa yang di pindahkan ke PPS di Dewan Masyarakat Trusan.

LAWAS, 20 Mei: Enam bayi serta lima warga emas menjadi antara 64 mangsa yang dipindahkan ke Dewan Masyarakat Trusan selepas kediaman merka ditengelami banjir.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Fred Chalton Jis berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan selepas empat lagi Kampung di daerah itu dilanda banjir menjadikan keseluruh lapan buah kampung terjejas sehingga kini.

Lapan kampung terbabit adalah Kampung Seberang Kedai, Kampung Seduyun Gelapas, Kampung Masjid Lama dan Kampung Tengah, Kampung Lubok Abai, Kwmpung Bukit Batu, Kampung Long Tukon dan Kampung Pengiran Kota.


Hujan lebat yang melanda kawasan terbabit sejak malam tadi mengakibat beberapa kawasan rendah dan berisiko mula dinaiki air.

Situasi ini menyebabkan kesemua 64 mangsa dari lapan buah kampung berkenaan terpaksa dipindahkan sementara selepas kediaman mereka mula ditengelami banjir. — DayakDaily