Bayi ditemui dalam bakul motosikal

Gambar tangkap layar daripada video yang tular di media sosial.

KUCHING,26 Ogos: Penduduk di Kampung Siol Kandis pagi ini digemparkan dengan penemuan seorang bayi perempuan sekitar jam 5 pagi tadi.

Menurut sumber, bayi tersebut yang diselimutkan dengan kain ditinggalkan di dalam bakul sebuah motosikal di perkarangan sebuah rumah.

Bayi tersebut diserahkan kepada polis dan seterusnya dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk dirawat.

Difahamkan polis telah menahan seorang wanita dipercayai ibu bayi terbabit juga di kampung tersebut untuk siasatan lanjut.

Kini bayi dan suspek wanita masing-masing dirawat di HUS.

Pihak polis akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes ini. — DayakDaily