Oleh DayakDaily Team
KUCHING, 6 Nov: Bayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 akan bermula esok (7 Nov).
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, pembayaran akan dilakukan secara berperingkat kepada 8.7 juta penerima.
“Kerajaan juga akan menyalurkan bantuan tunai tambahan ‘one-off’ SARA kepada 8 juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
“Ia adalah mengikut kaedah pembayaran STR mulai 9 Disember 2024 secara berperingkat,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, baki 700,000 penerima STR daripada kumpulan miskin dan miskin tegar akan terus menerima manfaat bantuan SARA sepanjang tahun.
Untuk maklumat lanjut, layari pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my dan semakan status pembayaran dan kelulusan STR boleh dibuat melalui pautan yang sama. — DayakDaily