Bapa jahanam, cabul anak ditahan polis

Suspek (tengah) dibawa ke Balai Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 7 Mei: Seorang nelayan ditahan pada Khamis (6 Mei) selepas disyaki mencabul kehormatan anak kandungnya sendiri di kediamannya di Lorong Melor 3, Tudan Fasa 1 di sini.

Difahamkan, mangsa berusia 14 tahun itu tampil sendiri ke Balai Polis Lutong untuk melaporkan sendiri kejadian keji itu selepas ibunya sendiri tidak mempercayainya.


Bapa mangsa dipercayai telah melaku perbuatan terkutuk itu sebanyak empat kali sejak 11 April tahun ini, dan kali terakhir pada 6 Mei.

Khamis lalu, sekitar jam 1 pagi, suspek berusia 53 tahun itu telah masuk ke bilik tidur mangsa dan bertindak meramas payudara sebelum memasukkan tangan ke dalam seluar mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari ketika dihubungi mengesahkan mengesahkan kejadian.

Menurutnya, suspek telah ditahan pada Khamis sekitar jam 1.05 petang di kediamannya.

“Suspek bekerja sebagai nelayan kini ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiaaat di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.— DayakDaily