Bapa Adun Nangka meninggal dunia


KUCHING, 22 April: Rapaie Tarip, bapa Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee meninggal dunia di Hospital Sibu hari ini pada usia 94 tahun.

Menurut laporan TVS, Dr Annuar yang juga Adun Nangka berkongsi berita sedih itu menerusi hantaran di laman Facebooknya.

“Perginya seorang ayah buat selama-lamanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,” kata Dr Annuar.


Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada 2.37 pagi.

Laporan itu turut menyatakan Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang hari ini.

Arwah Rapaiee meninggalkan seorang balu, Fatimah Othman dan enam anak. — DayakDaily