Bantuan Bomba dipinta, gara-gara terpukat buaya

Buaya yang tersangkut pada pukat berjaya dilepaskan.
Advertisement

BATU NIAH, 25 Nov: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) membantu melepaskan buaya tersangkut ke dalam pukat, hari ini.

Jurucakap Bomba berkata kejadian dilaporkan berlaku berdekatan Rumah Branyai, Sebatu-Niah iaitu sekitar jam 8.47 pagi.

Jelasnya, anggota dari Balai Bomba Batu Niah terus ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Setibanya pasukab bomba di lokasi, didapati benar ada seekor buaya bersaiz kecil yang tersangkut pada pukat yang dipasang ketika air membanjiri ladang sawit berdekatan dengan sungai.

“Operasi dijalankan dengan mengikat dan melepaskan buaya tersebut dari pukat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, buaya tersebut kemudian dibawa ke balai untuk diserahkan kepada pihak Sarawak Forestry Corporation Miri. — DayakDaily

Advertisement