Banjir melanda beberapa kawasan di Bekenu selepas hujan lebat

Banjir turut melanda Kamoung Subak, Bekenu.

MIRI, 9 Okt: Hujan lebat sejak tengah malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di Bekenu dilanda banjir.

Hujan lebat sejak 12 tengah malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan sekitar Kampung Terahad, Jalan Kelulit , Kejapil, Kampung Subak dan laluan Miri-Bintulu dinaiki air.

Terdapat satu kejadian tanah runtuh turut dilaporkan berlaku di Jalan Peninjau.


Tanah runtuh di kawasan Bukit Peninjau.

Hasil beberapa tinjauan yang dilakukan pagi ini mendapati, beberapa kenderaan yang melalui kawasan yang terjejas dilihat memperlahankan kenderaan masing -masing disebabkan air telah mula naik. — DayakDaily