BINTANGOR, 1 Mac: Seramai tiga remaja dari Rumah Rabong Ulu Stras, di sini terpaksa mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) dihantar ke SMK Meradong, hari ini.
Jurucakap Bomba berkata tiga remaja terbabit—dua perempuan dan seorang lelaki—dihantar ke sekolah tersebut untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Katanya mereka dipindahkan dari rumah panjang kerana laluan utama telah dilanda banjir.
“Komander operasi maklum bantuan pemindahan mangsa dari rumah panjang ke jalan utama untuk menghadiri peperiksaan SPM di SMK Meradong,” katanya.
Jelasnya pihaknya menerima panggilan memohon bantuan tersebut pada jam 7.50 pagi. — DayakDaily