Bangunan KWSP Miri dilontar ‘molotov cocktail’, tiada kecederaan dilaporkan

Anggota Rela memberitahu arah suspek kelihatan sebelum berlari melontar molotov cocktail ke arah bangunan KWSP cawangan Miri.
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 8 Jan:  Aras satu Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Melayu, MCLD Centre Point Miri mengalami kesan terbakar selepas disyaki dilontar menggunakan ‘molotov cocktail’ hari ini.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 3 petang tadi, mengemparkan lebih 20 pelangan yang sedang beratur di luar bangunan KWSP serta pekerjanya.

Advertisement

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Menurut seorang saksi, yang hanya dikenali sebagai Daud, sebelum serangan itu, seorang lelaki menggunakan motorsikal telah berlari ke arah bangunan dan melontar molotov tersebut.

Daud, yang merupakan anggota Rela yang bertugas menjaga barisan pelanggan di luar bangunan KWSP berkata, suspek, yang bertatu, dilihat telah memakirkan motorsikalnya beberapa meter di luar kawasan bangunan sebelum berlari dan melontar bahan letupan berkenaan.

Daud menunjukan aras satu bangunan KWSP yang terbakar selepas dilontar menggunakan molotov cocktail.

“Kami dan beberapa pelanggan yang berada di lokasi pada waktu itu telah cuba mengejar suspek namun tidak berjaya,”ujar Daud.

Anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Miri (JSJ) telah segera ke lokasi selepas dimaklumkan mengenai kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari ketika dihubungi, berkata motif kejadian masih lagi dalam siasatan.

“Kita sedang berusaha mengesan suspek,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat. — DayakDaily

Advertisement