Balai Polis Gita ditutup sementara

Balai Polis Gita akan tutup sementara susulan terkesan kes positif Covid-19.

KUCHING, 19 Ogos: Balai Polis Gita ditutup sehingga 1 September susulan terdapat kes positif Covid-19 membabitkan anggota dan pegawainya.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah memberitahu tindakan tersebut diambil untuk memudahkan kerja-kerja sanitasi yang akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

“Balai Polis Gita ditutup sementara untuk kerja-kerja sanitasi, namun kawalan keselamatan kekal dan apa-apa urusan berkaitan boleh dibuat di balai polis berhampiran,” katanya.


Semua anggota Balai Polis Gita diarahkan menjalani saringan Covid-19 dan kuarantin di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. — DayakDaily