Baki 92 KIR Pembangunan Darul Hana pindah hujung tahun ini

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

KUCHING, 24 Mei: Baki 92 Ketua Isi Rumah (KIR) bagi Fasa Pertama Pembangunan Darul Hana di Petra Jaya dijangka berpindah sebelum penghujung tahun ini.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, setakat 30 April 2023 sebanyak 225 KIR dari Kampung Semarang dan Kampung Panglima Seman Lama telah berpindah ke Darul Hana.

“Pembangunan Darul Hana yang mana Fasa Pertama telah siap sepenuhnya menyediakan sebanyak 504 unit rumah kediaman,” katanya dalam ucapan penggulungan Kementerian Sumber Asli Dan Pembangunan Bandar di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.


Sementara itu, Awang Tengah memaklumkan inisiatif pengukuran tanah NCR sehingga 30 April 2023 telah berjaya mengukur 1,091,547 hektar secara perimeter.

Katanya, seluasnya lebih kurang 842, 465 hektar telah pun diwartakan sebagai Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian) di bawah seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak.

“Sehingga 30 April 2023, sebanyak 68,723 lot individu telah berjaya diukur yang melibatkan kawasan seluas 84,288 hektar yang telah dan akan dikeluarkan surat hakmilik tanah di bawah seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak,” ujar Awang Tengah. — DayakDaily