Bakar kereta kerana cemburu, wanita warga China ditahan

Api marak memusnahkan kereta tersebut.

KUCHING, 30 Mei: Angkara cemburu, menyebabkan seorang wanita warganegara China disyaki bertindak membakar sebuah kereta jenis Proton Exora di Jalan Song Thian Cheok di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata kejadian dilaporkan berlaku pada jam 2 pagi dan beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Padungan hadir di lokasi untuk memadam kebakaran.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Balai Polis Padungan berjaya menahan seorang wanita warga China berusia 34 tahun.


“Siasatan awal, dipercayai kejadian adalah bermotifkan cemburu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api. — DayakDaily