Awang Tengah terima kunjungan hormat rombongan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia

Awang Tengah (tiga kanan) menerima cenderamata daripada Ayub semasa kunjungan di Kuching.

KUCHING, 19 Feb: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan baru-baru ini menerima kunjungan hormat rombongan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di pejabatnya di sini.

Rombongan diketuai Naib Pengerusi Kanan MCPF Dato Sri Ayub Yacob dan telah membincangkan berkaitan isu jenayah dan salah laku siber di Sarawak.

Rombongan turut membincangkan cadangan buku ‘Table Coffee’ MCPF. — DayakDaily