Awang Tengah merasmikan Pusat Day Care Pusaka di Wisma Sumber Alam

Awang Tengah meletakan tandatangan di plaq, simbolik perasmian Pusat Day Care Pusaka di Blok Podium, Wisma Sumber Alam.

Oleh Chris Bishop

KUCHING, Jun 24: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hari ini merasmikan Pusat Day Care Pusaka di Blok Podium, Wisma Sumber Alam di sini.

Ditubuhkan pada Ogos 11, 2001, pusat ini menyediakan satu tempat bagi memudahkan dan meringankan beban kakitangan Pusaka dan warga Wisma Sumber Alam dalam menempatkan anak-anak mereka selepas sesi persekolahan.


Day Care Pusaka adalah pusat jagaan harian milik kerajaan yang pertama didaftarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sarawak pada Februari 26, 2019.

Operasi pusat ini diuruskan Koperasi Pusaka Sarawak Berhad (KoPUSAKA) yang mempunyai 2 pengasuh yang memiliki Sijil Permata dan Kursus Asuhan Kanak-Kanak dari JKM.

Seramai 30 kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun telah mendaftar di Day Care PUSAKA buat masa ini.

Pusat turut mengadakan pelbagai aktiviti seperti lawatan sambil belajar, sambutan hari kanak-kanak, sukaneka dan lain-lain.

Terdahulu, Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Industri dan Usahawan, dan Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II menghadiri Majlis Ramah Tamah Gawai Raya PUSAKA 2019.

Majlis yang diadakan di Perkarangan Letak Kereta Wisma Sumber Alam itu di hadiri kakitangan kementerian dan tetamu jemputan.

Turut hadir, Menteri Muda Usahawan dan e-Dagang Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh serta Menteri Muda Industri dan Pelaburan Malcolm Mussen. — DayakDaily