Awang Tengah menyeru golongan muda sahut cabaran dunia untuk pembangunan Sarawak

Awang Tengah (atas pentas) semasa sesi Townhall di Bekenu, Miri.

MIRI, April 14: Golongan muda harus berani menyahut seruan untuk bersama kerajaan negeri dalam membawa gelombang pembangunan dan memperjuangkan hak-hak Sarawak.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, kerajaan negeri melihat kepentingan pembangunan belia kerana belia merupakan aset kepada negeri Sarawak.

ā€œBerlandaskan perjuangan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), kita mahukan hak-hak Sarawak yang telah termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan terus dipatuhi,ā€ kata Awang Tengah.


Beliau berkata demikian pada sesi ā€˜Townhall Today For Tomorrowā€™ anjuran Sarawak Volunteers di Bekenu semalam (April 13).

Awang Tengah menambah, usaha membangunkan Sarawak harus dilakukan oleh anak jati Sarawak sendiri yang nyata lebih memahami selok belok negeri Sarawak.

ā€œKerana itulah, anak-anak muda kita perlu mempersiap diri dengan kemahiran, berdaya saing dan berdisplin tinggi untuk menjadi barisan pemuda-pemudi yang akan memimpin Sarawak di masa hadapan,ā€ tambah beliau.

Turut hadir pada sesi townhall tersebut adalah Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Sauni, Ahli Dewan Undangan Negeri Bekenu Rosey Yunus, dan Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir Ripin Lamat. ā€” DayakDaily