MIRI, April 14: Golongan muda harus berani menyahut seruan untuk bersama kerajaan negeri dalam membawa gelombang pembangunan dan memperjuangkan hak-hak Sarawak.
Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, kerajaan negeri melihat kepentingan pembangunan belia kerana belia merupakan aset kepada negeri Sarawak.
āBerlandaskan perjuangan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), kita mahukan hak-hak Sarawak yang telah termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan terus dipatuhi,ā kata Awang Tengah.
Beliau berkata demikian pada sesi āTownhall Today For Tomorrowā anjuran Sarawak Volunteers di Bekenu semalam (April 13).
Awang Tengah menambah, usaha membangunkan Sarawak harus dilakukan oleh anak jati Sarawak sendiri yang nyata lebih memahami selok belok negeri Sarawak.
āKerana itulah, anak-anak muda kita perlu mempersiap diri dengan kemahiran, berdaya saing dan berdisplin tinggi untuk menjadi barisan pemuda-pemudi yang akan memimpin Sarawak di masa hadapan,ā tambah beliau.
Turut hadir pada sesi townhall tersebut adalah Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Sauni, Ahli Dewan Undangan Negeri Bekenu Rosey Yunus, dan Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir Ripin Lamat. ā DayakDaily