Awang Tengah hadir mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi MA63

Kelihatan Awang Tengah (dua dari kiri) pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi Di Bawah Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963.
Advertisement

KUCHING, 6 April: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hari ini menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi Di Bawah Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 yang diadakan secara atas talian di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Mesyuarat kali ketiga tersebut membincangkan isu-isu khusus berkaitan telekomunikasi dan dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Sri Mustapha Mohamed.

“Kita juga telah memulakan usaha ke arah ekonomi digital sejak 2017 dengan menyedari kepentingan data dan innovasi yang akan menjadi pemacu perkembangan teknologi.

Advertisement

“Dengan pandemik Covid-19, telekomunikasi sudah menjadi satu kemestian dan adalah wajar isu berkaitan di bincang dan diselesaikan,” kata Awang Tengah pada mesyuarat itu.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat dibawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah memberi jaminan bahawa isu isu berkaitan MA63 akan dibincangkan secara adil.

Muhyiddin memberi jaminan itu pada lawatan kerja selama dua hari ke Sarawak baru-baru ini.

Turut hadir Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Kanan Kerja Raya Dato Sri Fadillah Yusof. — DayakDaily

Advertisement