Awang Tengah gesa syarikat penerbangan turunkan harga tambang menjelang PRU15

Awang Tengah (tengah) pada sidang media di Kuching hari ini (26 Okt 2022).

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 26 Okt: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menggalakkan syarikat penerbangan untuk mengurangkan harga tambang menjelang hari mengundi bagi Pilihanrl Raya Umum ke-15 (PRU15).

Selain itu, katanya, pengusaha bas dan bot ekspres juga diharap dapat melakukan perkara yang sama.


“Kita harap supaya mereka yang terlibat dapat mengurangkan tambang kapal terbang, bas dan bot ekpres.

“Ini adalah satu perkara yang penting supaya rakyat boleh balik ke kawasan masing-masing pada hari mengundi,” katanya.

Awang Tengah berkata demikian pada sidang media selesai perasmian ‘Forum Peluang Perniagaan di Kazakhstan’ di sini, hari ini.

Beliau ditanya berhubung kadar harga kapal terbang yang tinggi khususnya bagi laluan domestik ke utara Sarawak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh mengundi bagi PRU15 ialah pada 19 November ini manakala tarikh penamaan calon adalah pada 15 Nov. — DayakDaily