ATM nafi keluarkan produk Operasi Penawar — Panglima ATM

Produk yang memaparkan Operasi Penawar, bukan produk ATM.
Advertisement

KUCHING, April 13: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan ada mengeluarkan produk berupa baju dan topeng muka memaparkan penggunaan nama Operasi Penawar.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang menerusi kenyataan media hari ini mendedahkan, produk beserta logo ATM-PDRM tersebut dijual di sebuah laman online dan media sosial yang lain.

“Ditegaskan bahawa mana-mana pihak tidak boleh mengeluar, menjual, membeli dan menggunakan sebarang produk yang mengguna pakai nama Operasi Penawar serta tertera logo ATM atau PDRM tanpa kebenaran,” katanya.

Advertisement

Menurut Affendi, produk-produk tersebut boleh disalah guna oleh individu-individu tertentu dengan tujuan mengelirukan orang awam.

Selain itu, tambah beliau, ia juga merupakan cubaan untuk mengambil kesempatan dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Diperketatkan(PKPD) yang dilaksanakan ATM dan PDRM.

“Pada masa yang sama, ia mencemar nama baik dan peranan kedua-dua agensi keselamatan ini yang tidak berteraskan sebarang keuntungan perniagaan,”ujar Affendi. — DayakDaily

Advertisement