Asrama pekerja sepanjang 10 pintu di Selangau musnah terbakar

Keadaan blok asrama pekerja yang musnah dalam kebakaran tersebut.
Advertisement

SELANGAU, 19 Mei: Sebuah blok asrama pekerja sepanjang 10 pintu di Kilometer 62 Jalan Sibu-Balingian dilaporkan terbakar hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata laporan berhubung kejadian diterima pada jam 1.59 petang.

Ekoran itu, beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selangau diketuai Mohd Syukri terus ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Setibanya di lokasi, anggota bomba difahamkan kebakaran tersebut berlaku pada jam 7 pagi dan satu blok 10 pintu telah musnah 100 peratus,” katanya.

Bagaimanapun, kebakaran tidak melibatkan mangsa kerana semua penghuni berjaya menyelamatkan diri.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. — DayakDaily

Advertisement