This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 23 Ogos: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Pemangku Yang Di-pertua Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar di Astana Negeri.
Tujuan kunjungan adalah untuk menjemput Asfia serta Isteri, Dato Fatimah Mohamad Iskandar ke Sambutan Perayaan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2023 pada 30 dan 31 Ogos.
Sambutan pada kali ini akan diadakan di Dewan Serbaguna Politeknik Bahagian Mukah.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka turut hadir ke acara sambutan tersebut.
“Pelbagai acara sambutan diadakan antaranya ialah Malam Ambang Merdeka di Dataran Pehin Setia Raja pada sebelah malam 30 Ogos.
“Diteruskan awal pagi 31 Ogos dengan Unity Ride and Walk juga di lokasi sama.
“Kira-kira 11 pagi diadakan acara kemuncak iaitu Majlis Perhimpunan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2023 di Dewan Serbaguna, Politeknik Mukah,” kata Fatimah yang juga Adun Dalat.
Hadir sama Timbalan Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Gerald Rentap Jabu. — DayakDaily