ARMADA gesa Kerajaan tetapkan kriteria terperinci dalam pelantikan tuai rumah

Alexander Frusis

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 26 Jun: Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Sarawak berpandangan Kerajaan Negeri harus memperjelaskan dengan lebih terperinci kriteria pelantikan tuai rumah atau ketua kampung.

Ketuanya Alexander Frusis berkata, ini berikutan ada beberapa pihak yang sengaja mengembar-gemburkan isu pelantikan tuai rumah.

Katanya, ia dijadikan modal politik mereka untuk memburuk-burukkan usaha Kerajaan Negeri terutamanya dalam media sosial.


“Perkara ini sedikit sebanyak mewujudkan ketidakharmonian di kalangan rakyat rumah panjang ketika usaha Kerajaan Negeri dan Persekutuan berada dilandasan yang amat baik,’katanya dalam kenyataan hari ini.

Berhubung isu tersebut, Alexander mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk mewujudkan satu sistem yang lebih efisen dalam tatacara pelantikan tuai rumah.

Menurut beliau, terdapat tuai rumah yang sudah lama berkhidmat namun tidak di iktiraf oleh Kerajaan Negeri.

Ini berlaku walaupun mereka adalah dikalangan pilihan rakyat di rumah panjang yang mempunyai kriteria mencukupi dan berpengaruh dikalangan penduduk.

Antara cadangan Frusis ialah tuai rumah harus memiliki ilmu kepimpinan, tahap pendidikan, mempunyai akhlak moral yang tinggi dan boleh menggunakan platform media sosial serta celik IT. — DayakDaily