Arena Sukan Bau mulakan pembinaan selepas proses tender Jun ini

Lukisan arkitek Arena Sukan Bau.
Advertisement

KUCHING, 10 Mei: Arena Sukan Bau akan dibina tidak lama lagi, dijangka pada suku ketiga tahun 2023.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan (Laut Dan Sungai) Dato Henry Harry Jinep, proses tender bagi projek tersebut akan ditutup pada 6 Jun tahun ini.

“Arena Sukan Bau ini dibina di tanah seluas 5 ekar di Jalan Jambusan, diantara Kampung Skiat Baru dan Skiat Lama.

Advertisement

“Tapak dipilih bagi memastikan Daerah Bau dibangunkan dengan baik, tidak tertumpu di kawasan bandar bagi mengelakkan kesesakan,” katanya ketika dihubungi DayakDaily hari ini.

Jelas Henry yang juga Adun Tasik Biru, kos bagi pembinaan Arena Sukan Bau belum dapat diumumkan buat waktu ini kerana proses tender sedang berjalan.

Siap kelak, Arena Sukan Bau bakal memiliki 3 gelanggang fustsal, enam gelanggang badminton yang juga boleh digunakan sebagai dewan.

Ia juga bakal menyediakan kemudahan bagi sukan boxing dan muaythai serta gymnasium.

Arena Sukan Bau merupakan salah satu projek ‘Bau Blueprint towards Greater Bau 2030.

Ia diluluskan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dibawah Projek Rakyat pada tahun 2017. — DayakDaily

Advertisement