APM tangkap ular tedung

Anggota APM menjalankan operasi menangkap ular tedung.

Oleh Dean Adam

LIMBANG, Nov 21: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Limbang berjaya menangkap seekor ular tedung di Kampung Bunga Raya di sini.

Ulat tedung sepanjang kira-kira 1 meter itu ditangkap pada pukul 9.10 malam.


Jurucakap APM Limbang berkata, sebelum itu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan reptilia berbisa tersebut pada pukul 8.51 malam.

Katanya, sejurus itu, sepasukan tiga anggota APM bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi menangkap ular tedung berkenaan.

“Apabila tiba, pasukan APM mendapati ular tedung itu masih berkeliaran di kawasan kampung berkenaan.

“Pada mulanya, ular tedung tersebut bertindak agresif semasa cuba ditangkap,” katanya di sini hari ini.

Tambah jurucakap sama, usaha yang dilakukan kemudian berhasil apabila ujar tersebut berjaya ditangkap.

Katanya, anggota APM menggunakan alat penjerut khas bagi menangkap reptilia berkenaan.

“Ular tedung itu kemudian dibawa ke pusat kawalan operasi daerah untuk tindakan selanjutnya,” katanya. — DayakDaily