SRI AMAN, Julai 18: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sri Aman berjaya menangkap seekor ular tedung hanya dalam masa empat minit di sebuah luar rumah di Jalan Datuk Tawi Sli di sini.
Pegawai Pertahanan Awam Sri Aman, Siti Huzaimah Ibrahim berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan reptilia berbisa itu pada pukul 7.13 pagi.
Katanya, sejurus menerima laporan tersebut, sepasukan tiga anggoa APM Sri Aman diarahkan ke lokasi rumah pengadu bagi menangkap ular tedung berkenaan.
“Apabila di tiba di pekarangan rumah pengadu, anggota APM mendapati seekor ular tedung sepanjang kira-kira 0.6 meter (2 kaki) masih berada di situ.
“Pasukan APM kemudian menggunakan peralatan khas untuk menangkap ular tedung tersebut,” katanya di sini hari ini.
Siti Huzaimah menambah, anggota APM bernasib baik kerana reptilia itu tidak bertindak agresif kerana bukan mudah untuk menangkap ular yang berbisa.
Ujarnya, ular berkenaan dipercayai datang dari kawasan hutan berhampiran sebelum memasuki kawasan luar rumah pengadu.
“Ular tedung kemudian dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) sebelum diserahkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan selanjutnya. — DayakDaily