APM Sibu tangkap ular tedung yang bersembunyi di bawah kereta

Anggota APM menunjukkan ular tedung yang ditangkap mereka.
Anggota APM menunjukkan ular tedung yang ditangkap mereka.

Oleh Dean Adam

SIBU, Mei 16: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu berjaya menangkap seekor ular tedung yang bersembunyi di bawah sebuah kereta di Lorong Tun Ahmad Zaidi Adruce 20, Salim di sini malam tadi.

Reptilia berbisa sepanjang kira-kira 2.4 meter itu ditangkap pada pukul 8.20 malam.

Jurucakap APM Sibu berkata, sebelum ini pihaknya telah menerima panggilan daripada seorang pemilik kereta yang mengatakan terdapat seekor ular di bawah keretanya pada pukul 7.02 malam.

Katanya, sepasukan empat anggota APM Sibu kemudian bergegas ke tempat penemuan ular berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

“Apabila tiba, pasukan APM mendapati terdapat seekor ular masih berada di bawah kereta jenis Perodua Myvi.

“Anggota APM segera bertindak menangkap ular tedung tersebut dengan menggunakan peralatan khas,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, mereka mengambil masa lebih 20 minit untuk menangkap reptilia berkenaan.

“Ular seberat kira-kira 10 kilogram berkenaan kemudian dibawa ke pusat kawalan operasi daerah untuk tindakan selanjutnya,” katanya. — DayakDaily