APM Miri selamatkan anak kucing terperangkap atas bumbung rumah

Anak kucing berjaya diselamatkan.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 30 Jun: Seekor anak kucing yang terperangkap di atas bumbung sebuah rumah berjaya diselamatkan sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Miri (APM) pada pagi Khamis.

Kejadian dilaporkan berlaku di Lorong Jati 8, Senadin.

Anak kucing berusia lima bulan itu berjaya ditemukan dalam keadaan ketakutan dan keletihan.

Menurut pegawai APM Miri Kapten (PA) Usman Harto, lapan anggotanya telah bergegas ke lokasi sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian sekitar jam 8.08 pagi tadi.

Katanya, kejadian seorang wanita berusia 49 tahun telah menghubungi pihaknya setelah mendengar ‘jeritan’ kucing tersebut awal pagi tadi.

“Tiga anggota kemudian mrnggunakan sebuah tangga lalu memanjat bumbung rumah oengadu untuk mencari anak kucing tersebut,” katanya.

Anggota mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mencari dan menangkap anak kucing tersebut. ā€” DayakDaily