KUCHING, 17 April: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini dalam lawatan kerja singkat petang ini.
Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), pesawat khas yang membawa Anwar tiba pada jam 4.45 petang dan disambut oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Turut hadir menjemput ketibaan Anwar ialah Timbalan-timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian, Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri di Jabatan Premier Datuk John Sikei Tayai, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Setiausaha Persekutuan Sarawak Ahmad Nadzri Mohd Hassan.
Pada sebelah malam, Anwar dijadual menghadiri majlis Perasmian Raia Hotel & Pusat Konvensyen dan Majlis Berbuka Puasa bersama asnaf dan anak-anak yatim.
Anwar dijangka berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada jam 10 malam ini. ā DayakDaily