Anggaran hasil PKJM lebih RM38 juta

Datuk Rosol Wahid

KUCHING, 29 Mac: Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang bermula pada 2 Disember 2021 kini telah dilaksanakan di 222 buah kawasan Parlimen.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Dato Rosol Wahid, jualan tersebut melibatkan 1,274 lokasi di seluruh negara.

“Keberkesanan serta kejayaan dalam pelaksanaan PJKM diterjemahkan dengan sambutan menggalakkan yang diterima daripada para pengguna.


“Anggaran pengunjung adalah seramai 2,017,357 orang dan anggaran hasil jualan mencecah sejumlah RM38,099,131.48,” katanya.

Rosol berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan lisan pada persidangan Dewan Negara di Kuala Lumpur hari ini.

PJKM yang bermula pada 2 Disember 2021 di Parlimen Lembah Pantai telahpun diperluas ke seluruh Malaysia secara berperingkat yang melibatkan 222 kawasan Parlimen. — DayakDaily