Oleh Brad Rantayy
MIRI, 27 Dis: Padah mencuri limau nipis milik bapa saudaranya sendiri sebanyak 10kg, seorang lelaki dari Kampung Selanyau,Bekenu, ditahan polis semalam semasa ‘Ops Kesan’.
Difahamkan, suspek berusia 29 tahun itu sememangnya dikehendaki pihak polis sejak tahun 2019.
Menurut sumber polis, suspek turut mempunyai beberapa rekod jenayah pecah rumah sekitar kawasan Batu Niah.
Suspek ditahan sekitar jam 2.58 petang Sabtu (26 Disember) di sebuah rumah di Kampung Selanyau, Bekenu dan kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.
Suspek ditahan susulan laporan polis yang dibuat oleh pengadu yang juga bapak saudaranya selepas mengetahui kehilangan sejumlah limau nipis dari kebunnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. — DayakDaily