Anak Sarawak kelahiran Bintulu wakili Malaysia pada sukan Muay Thai di Sukan SEA Manila

Berdiri empat dari kiri: Abdul Karim dan Taib merakamkan kenangan bersama pegawai-pegawai dan pemenang-pemenang Kejohanan Muay Thai di Bintulu.
Advertisement

KUCHING, Nov 26: Peserta Muay Thai Sarawak kelahiran Bintulu dipilih mewakili Malaysia di Sukan SEA Manila yang bermula November 30 ini.

Peninju Muay Thai itu ialah Awangku Abdul Rahman Awang Marajaya dari Kelab PS Muaythai Bintulu.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kejayaan itu adalah sangat membanggakan.

Advertisement

ā€œPeserta Muay Thai yang mewakili Malaysia adalah daripada negeri Sarawak, anak kelahiran Bintulu.

“Beliau seorang sahaja yang mewakili Malaysia dari Sarawak,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Kejohanan Muay Thai Piala Yang di-Pertua Negeri Sarawak 2019 di Naim Streetmall @ Naim Bintulu Paragon pada Sabtu lepas.

Hadir sama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Dalam pada itu, Abdul Karim menyifatkan pemilihan Bintulu sebagai pentas penganjuran Kejohanan Muay Thai tersebut adalah suatu yang sangat tepat.

Katanya, penganjuran sukan Muay Thai ini akan dapat membuka minda masyarakat terutamanya belia untuk menceburi sukan ini.

ā€œPenganjuran sukan Muay Thai ini dapat membuka minda masyarakat tempatan terutama golongan belia untuk berjinak dengan sukan Muay Thai yang semakin terkenal dimasa ini.

ā€œPenyertaan pelbagai kaum dalam penyertaan program ini dapat mengekalkan keharmonian dalam bermasyarakat,ā€ ujarnya. ā€” DayakDaily

Advertisement