Brad Rantayy
MIRI, 28 April : Seorang lelaki dari Kampung Pujut Tanjong Batu pada awal pagi Rabu tiba-tiba ‘naik hantu’ dengan meludah ibu kandungnya dalam satu kejadian.
Lelaki berusia 44 tahun itu dipercayai berang selepas gagal menemukan kad bank dan kad pengenalannya sebelum dia menuduh ibunya menyembunyikan dokumen tersebut.
Kejadian berlaku sekitar jam 7 pagi.
Dalam kejadian itu, suspek turut mengugut hendak memukul ibunya menggunakan sebatang besi.
Pengadu yanh ketakutan telah tampil membuat satu laporan polis di Balai Polis Pusat Miri dan tangkapan dibuat kurang 7 jam kemudian.
Suspek telh diberkas anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri dan ditajan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.— DayakDaily