Anak ikan paus terdampar di Pantai Kg Nelayan Batu 4

Anggota Bomba dan orang awam berusaha menolak anak ikan paus ke air yang lebih dalam.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


MIRI, 24 Jan: Pasukan Bomba dan Penyelamat (Bomba) Lutong berjaya menyelamatkan seekor anak ikan paus berukuran empat meter panjang yang terdampar di pantai Kampung Nelayan Batu 4 Kuala Baram tengahari tadi.

Difahamkan, anak ikan paus itu telah dilihat terdampar pagi tadi oleh beberapa nelayan yang kebetulan berada di situ.

“Sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 12 tengahari tadi, sepasukan anggota Bomba dari Balai Lutong telah dikerahkan ke lokasi,” ujar Pemangku Bomba Zon Miri Ahmad Nizam Sapaiee.

Katanya, operasi menyelamat terus dilakukan sejurus tiba di lokasi.

“Operasi dijalankan dengan bantuan orang awam dengan menolak anak ikan itu ke kawasan air yang lebih dalam bagi memudahkannya berenang ke laut,” ujarnya.

Operasi tamat pada jam 12.50 tengahari. — DayakDaily