Album Bujang Atas Meligai Harapan Sasha


KUCHING : Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Bujang Sebuyau’ Shasha Julian akan tampil dengan album baru tidak lama lagi.

Menurut Shasha, album kali ini mempunyai lapan buah lagu yang akan memenuhi citarasa peminat muzik artis Dayak.

” Tajuk album diberi judul Bujang Atas Meligai dan pelbagai genre muzik terdapat dalam album tersebut,” katanya kepada dayakdaily.com


Tambah Shasha, adunan muzik telah dilakukan di VS Studio Kuala Lumpur, Ananguai Media Studio dan Cami Tan Studio.

” Manakali rakaman vokal dibuat di KMP Studio.

” Album ini turut memuatkan satu lagu duet, satu lagu balada dan enam lagu berentak rancak yang boleh membuat peminat berjoget,” ujarnya.

Shasha berharap album kedua akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari para peminat.

” Diharap peminat akan membeli cd asli yang dijangka berada di pasaran pada penghujung bulan Jun sebagai tanda sokongan padu terhadap muzik Dayak.

” Peminat juga diharap mengundi lagu Genselan Pengerindu ciptaan Jesly Jabu dan Matthius Bambang yang tercalon untuk separuh akhir ACSJ dan boleh membuat pengundian di majalah senawah,” tambah beliau.

Shasha baru sahaja menghabiskan pengambaran video album terbarunya dan buat masa ini beliau sibuk menelaah pelajaran di universiti tempatan.-dayakdaily.com