Ahsmon Ketua Polis Daerah Kuching yang baharu

Ahsmon (kanan) menerima dokumen serah terima tugas daripada Merbin dan disaksikan oleh Aidi (tengah) semasa majlis serah terima tugas tersebut semalam.

Oleh Juetila Ozzy

KUCHING: Ketua Polis Daerah Kuching yang baharu ACP Ahsmon Bajah memulakan tugasnya mengantikan ACP Awang Din Awang Gani bermula semalam.

Upacara serah terima tugas di antara beliau dan pemangku jawatan tersebut Supt Merbin Lisa telah berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching dengan disaksikan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail.


Ahsmon yang mula berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak November 2003 sebelum ini menyandang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah IPD Kota Tinggi.

Beliau yang berusia 42 tahun, berasal dari Kudat Sabah memiliki Sarjana Muda Pengurusan Awam dan Sarjana Undang-undang. ā€” DayakDaily