ADUN Sarawak diserang 

Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri
Advertisement

KUCHING, Jun 1: Seorang orang kenamaan dipercayai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak diserang baru-baru ini.

Beliau dipercayai diserang sehingga menyebabkan kecederaan ringan dan laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat.

Difahamkan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mohd Azman Ahmad Sapri telah mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.

Advertisement

Jelasnya, siasatan berhubung kejadian juga telah dijalankan dan usaha menjejaki suspek kini sedang giat dijalankan.

Bagaimanapun orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.— DayakDaily

Advertisement