Adun Pantai Damai bertanding untuk kekalkan jawatan Naib Presiden PBB

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 17 Mei: Adun Pantai Damai Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi akan bertanding bagi mempertahankan jawatan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada perhimpunan agung parti Jun ini.

“Seandainya mendapat sokongan padu atau sokongan daripada rakan-rakan seperti yang saya perolehi pada perhimpunan lalu.


“Ya, saya akan cuba berusaha mengekalkan, bertanding untuk jawatan naib presiden PBB,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Pusat Khidmat Dun Pantai Damai di sini, hari ini.

Menurut Dr Abdul Rahman yang juga Timbalan Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi, beliau adalah salah seorang daripada naib presiden yang dipilih pada perhimpunan tahun 2017.

Naib Presiden dari sayap bumiputera yang lain ialah Datuk Julaihi Narawi (Adun Sebuyau), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (Adun Asajaya) dan Datuk Dr Annuar Rapaee (Adun Nangka).

“Empat pemimpin daripada sayap bumiputera untuk naib presiden.

“Manakala kita ada 3 pemimpin lagi dari sayap Pesaka untuk jawatan naib presiden PBB,” katanya.

Mesyuarat Agung Tritahunan (TGM) PBB akan diadakan di Kuching mulai 16 hingga 19 Jun ini. — DayakDaily