Adun Murum sampaikan sumbangan kewangan dan barangan keperluan kepada mangsa kebakaran di Uma Sambop

Chukpai (enam dari kanan) menyampaikan sumbangan kewangan dan barangan keperluan kepada penduduk Uma Sambop.

KUCHING, 17 Julai: Mangsa kebakaran di Uma Sambop Long Semutut di Belaga pada semalam menerima bantuan kewangan dan barangan keperluan daripada Adun Murum Kennedy Chukpai Ugon.

Beliau menyumbang bantuan kewangan melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat sebanyak RM17,200 kepada pemilik 86 pintu rumah panjang yang terbakar.

Manakala sejumlah RM6,000 lagi kepada 60 orang pelajar dari SK Uma Sambop yang turut terjejas ekoran musibah ini.


Turut bersama Chukpai menyampaikan sumbangan ialah Persekutuan Persatuan Orang Ulu (FORUM) dan Persatuan Kebangsaan Kenyah Sarawak (PKKS).

Chukpai turut menyampaikan derma ikhlas kepada AJK Bencana Uma Sambop yang diwakili oleh Maren Uma Matu Lian dan juga Penghulu Simon Abit.

Derma ikhlas tersebut adalah sumbangan MP Baram Anyi Ngau sebanyak RM5,000, EXCO FORUM sebanyak RM5,000, Dewan Perniagaan Dan Industri Orang Ulu (OUCCI) sebanyak RM3,000.

EXCO PKKS pula menyumbang sebanyak RM2,000, Kenyah Lepo’ Aga (RM500), PKKS Marudi (RM500), PKKS Long San (RM300), Keluarga James Kulleh (RM500), PKKS Leto Kenyah Baram (RM500) dan sumbangan peribadi Daniel Jok (RM50).

Jumlah keseluruhan sumbangan ini adalah sebanyak RM17,350.00.

Sementara itu, Lions Club Bintulu menyumbang dalam bentuk perkakas dapur seperti dapur gas, tong gas serta lain-lain keperluan dapur yang berjumlah RM10,000. — DayakDaily