ADUN Machan meninjau Loji Air Kanowit

Allan (berdiri dua dari kanan) sedang meninjau keadaan loji air Kanowit bersama pegawai JBALB. 

KANOWIT, Sept 9: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machan, Allan Siden telah meninjau sendiri keadaan Loji Air Kanowit.

Allan meninjau Loji Air Kanowit bersama – sama Pengarah Bekalan Air Luar Bandar Sarawak, Chang Kuet Shian serta beberapa pegawai daripada Jabatan Berkalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Sibu.

Dalam satu kenyataan media hari ini, pihak JBALB Sarawak mengambil maklum mengenai isu bekalan air yang telah belaku baru-baru ini di Daerah Kanowit.


Oleh yang demikian, tindakan jangka pendek sedang dilaksanakan oleh pihak JBALB iaitu dengan sistem penapis membran (Chemaquos UF Membrane System) di loji Rawatan Air Kanowit yang dijangka akan digunakan pada oktober 2019 ini.

Menurut JBALB, project ini yang dinamakan sebagai “Design and Build – Proposed Performance Based Contract Fo Short Term Solution For Acute Water Supply Shortage For Kanowit Water Treatment Plant (WTF), Sibu Division” melibatkan dua fasa iaitu sebanyak 2MLD kepada kawasan Kanowit.

Menurut beliau, project ini telah pun bermula pada April tahun ini dan Fasa 1 akan siap pada Oktober 2019 manakala Fasa 2 pula akan disiapkan pada November. — DayakDaily