Adun Krian mohon kerajaan naiktaraf Jalan Ulu Sebetan dan Jalan Ulu Awik

Friday Belik
Advertisement

KUCHING, 23 Nov: Adun Krian Friday Belik memohon kerajaan menaiktaraf Jalan Ulu Sebetan menuju ke empat buah rumah panjang dan sebuah sekolah rendah.

Turut dipohon untuk dinaiktaraf ialah Jalan Ulu Awik sepanjang 7 kilometer yang perlu diturap.

“Saya juga mohon kepada kerajaan untuk menaiktaraf Jalan Mudong Kop ke Nanga Ibus yang menuju ke 3 buah rumah panjang.

Advertisement

“Jambatan dari Rumah Pundol, Tanjong ke SK Lubok Kepayang, Awik juga perlu diganti termasuk beberapa jambatan lain seperti di Brayang, Kabo, Ulu Krian dan Awik,” katanya.

Friday berkata demikian di sesi bahas Bajet 2023 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Turut menjadi keutamaan Friday ialah bekalan air terawat ke empat buah rumah panjang di Ulu Gerenjang dan tiga rumah panjang serta sebuah sekolah rendah di Ulu Sebetan.

Ia termasuk 15 rumah panjang dan sebuah sekolah rendah di kawasan Brayang dan Mudong/Tapang Ujan di Sebelak Roban.

Manakala bagi bekalan elektrik, Friday mohon kerajaan melakukan pendawaian semula dan menukar meter di beberapa buah rumah panjang di Krian.

“Juga pemasangan api solar di jalan-jalan ke beberapa buah rumah panjang dan sekolah di Krian,” katanya. — DayakDaily

Advertisement