ADUN Krian dipinta tunjukkan bukti kerajaan negeri rampas tanah rakyat

Juanda (duduk tengah) pada sidang media di Komplek DUN hari ini (Nov 6, 2019). Turut kelihatan Miro (berdiri dua dari kanan) dan Gerald (duduk kiri).
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, Nov 6: ADUN Krian Ali Biju diarah menunjukan bukti yang kerajaan negeri merampas tanah rakyat yang disukat mengunakan Seksyen 6 Kod Tanah Sarawak.

ADUN Jemoreng, Datuk Juanda Jaya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini berkata Ali telah mengeluarkan dakwaan yang tidak tepat.

Advertisement

“Saya ingin cabar ADUN Krian yang sering mengatakan bahawa kalau kerajaan Sarawak melakukan penyukatan mengunakan Seksyen 6, tanah itu boleh di ambil semula oleh kerajaan (Sarawak).

“Kalau dakwaaan dia betul, sila tunjuk bukti sebab sekarang mereka jual ini ‘ubat’ dan mereka tipu rakyat,” katanya.

Menurut Juanda, Ali turut mengeluarkan dakwaan yang sama pada persidangan Dewan Negara baru-baru ini

Justeru, beliau mahukan Ali untuk terlebih dahulu menyemak dengan Jabatan Tanah dan Survey (JTS) dan kerajaan negeri samada sebarang rekod setakat ini berdasarkan tanah yang disukat dengan Seksyen 6 diambil semula semula oleh kerajaan.

Tambah Juanda, usaha kerajaan menyukat dengan Seksyen 6 adalah untuk memastikan tanah yang dituntut oleh rakyat dapat ditanda lebih awal dan kemudian diselesaikan secara perseorangan melalui Seksyen 18.

“Tanpa Seksyen 6, kita tak boleh teruskan penyukatan dengan Seksyen 18 sebab komuniti rumah panjang sangat ramai, kawasan yang besar perlu ditanda terlebih dahulu.

“Kemudian setelah semua setuju, melalui jawatankuasa kampung akan ditentukan bahagian individu untuk penyukatan atas Seksyen 18 dan inilah undang-undang,” katanya.

Beliau juga percaya dakwaan tersebut adalah satu lagi usaha pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk memecah belahkan masyarakat kampung atau rumah panjang.

Pada sidang media yang sama, ADUN Serembu Miro Simuh berkata kerja penyukatan boleh terus menggunakan Seksyen 18 jika tiada perebutan dan pertindihan terhadap tanah yang dimaksudkan.

Turut hadir ADUN Layar yang juga Ketua Pemuda Gabungan Parti Sarawak (GPS) Gerald Rentap Jabu. — DayakDaily

Advertisement