ADUN Kakus agih MRP RM450,100 bantu penduduk rumah panjang

Sikie (duduk kanan) berdialog bersama lebih 150 orang penduduk rumah panjang sekitar Kakus pada majlis tersebut.

KUCHING, 15 Feb: Sebanyak RM450,100 geran projek kecil luar
bandar (MRP) diserahkan kepada 159 keluarga dari 12 buah rumah panjang sekitar Kakus semalam.

Penyerahan geran tersebut disempurnakan oleh Menteri Muda Undang-Undang dan Adat Bumiputera, yang juga ADUN Kakus, Datuk John Sikie Tayai.

Menurut beliau, projek merupakan bantuan bahan binaan seperti atap,
batu bata, dan simen yang tersenarai di dalam fasa 1 tahun 2019.

“Projek diagihkan secara berperingkat dan keutamaan diberikan kepada rumah panjang yang ada keperluan untuk diperbaiki segera ataupun bagi rumah panjang yang masih dalam pembinaan,” katanya pada ucapan di majlis penyerahan geran tersebut.

Penerima-penerima MRP DUN Kakus bersama Sikie merakamkan kenangan di hadapan sebuah Lori yang membawa bahan-bahan binaan.
ABANG JOHARI

Tambah Sikie, bantuan untuk Fasa 2 bagi tahun 2019 juga akan diserahkan pada tahun ini dan program bantuan akan sentiasa diteruskan dengan fasa yang lain dimana kawasan Kakus memiliki lebih 400 buah rumah panjang.

Dengan bantuan ini, penduduk dapat melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan rumah panjang dengan lebih lancar, katanya.

Majlis telah dihadiri lebih150 penduduk termasuk ketua-ketua kaum sekitar Kakus. — DayakDaily