Adakah PRS akan terima jika terdapat pemohonan dari Larry Sng?

Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) cawangan Sarawak Abang Haliman Abang Julai menunjukkan Kamus Perdana keluaran DBP kepada Datuk Snowdan Lawan.

KUCHING, 7 April: Keputusan untuk meluluskan atau menolak pemohonan bagi menyertai Parti Rakyat Sarawak (PRS) terletak pada budi bicara majlis tertinggi parti jika terdapat pemohan diterima daripada Ahli Parlimen Julau Larry Sng.

Ketua Permuda PRS Datuk Snowdan Lawan berkata, parti itu sentiasa terbuka untuk menerima pemohonan mana-mana individu termasuk Ahli Parlimen Julau Larry Sng bagi menyertai parti itu.

Bagaimanapun sebarang penting mengenai kelulusan untuk menyertai parti itu perlu melalui pertimbangan Majlis Tertinggi kerana ia bukan keputusan seorang individu dalam parti itu.


“Kita akan rujuk kepada Majlis Tertinggi sama ada setuju atau tidak setuju, ia bergantung kepada Majlis Tertinggi PRS untuk menentukannya.

“Ia mesti ada konsensus daripada semua ahli Majlis Tertinggi untuk dipertimbangkan kerana ia bukan keputusan seorang atau dua orang individu,” katanya ketika ditemui pada Maljlis Sidang Kemuncak Belia 2021 di sini hari ini.

Beliau berkata, pelbagai perkara perlu dipertimbangkan sebelum keputusan muktamad mengenai perkara itu diambil dengan mengambil kira senario politik sebelum ini serta sokongan semasa rakyat di kawasan berkenaan.

Ia bagi mengelakkan sebarang keputusan membabitkan kemasukan semula Larry ke dalam PRS tidak memberikan implikasi negatif kepada parti sebaliknya berupaya meningkatkan sokongan rakyat di kawasan parlimen Julau kepada PRS dan juga Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Mengulas lanjut, Snowdan berkata, PRS menghormati keputusan Larry yang bertindak keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) namun mengingatkan bahawa hanya PRS yang boleh memilih untuk menamakan calon mereka untuk bertanding di Kerusi Parlimen Julau pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, bukannya parti lain.

“Kerusi Parlimen Julau memang kepunyaan PRS secara tradisonalnya sebab itu kerusi terbabit akan di pertandingkan dengan calonnya adalah daripada PRS,” katanya.

Tambah Snowdan, PRS sudahpun mengenalpasti calon berpotensi untuk bagi mewakili parti itu dan GPS untuk bertanding di kawasan parlimen tersebut yang akan kemudiannya akan dicadangkan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk tindakkan selanjutnya.

“Perkara itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat, saya tidak pasti bila kerana kita akan ada Mesyuarat Majlis Tertinggi akan datang dan kita akan membincangkan perkara dalam mesyuarat itu kelak,” katanya. — DayakDaily